16 February 2025

ENGGAN TAGIH SIMPATI - KAI DEVA AKUI ADA SEBAB SOROKKAN KISAH HIDUPNYA TINGGAL DI KAWASAN SETINGGAN



"Ya, rumah saya kalau ketuk sikit, orang kata bergoyang. Memang ia rumah lama, rumah kayu yang bersambung-sambung. Kami menetap di situ sebab ketika itu isteri saya bersalin. Saya pula kena fokus dengan CSOIAM, jadi saya tak dapat nak meneruskan pekerjaan hakiki saya iaitu 'busking'.



"Jadi, saya cepat-cepat cari rumah dan dapatlah rumah di kawasan situ dengan harga yang murah. Iyalah, kos sara hidup di Kuala Lumpur sangat tinggi. Saya tak mampu nak sewa rumah yang besar, jadi buat sementara waktu kami menetap di situ dulu."

Itulah jelas naib juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Kai Deva, 24, dimana dia ada sebab kenapa menyorokkan kisah hidupnya yang tinggal di kawasan setinggan sebelum ia menjadi perhatian, baru-baru ini.

Ujar Kai Deva, dia enggan menagih simpati orang ramai kerana ia bukanlah isu besar baginya untuk diceritakan, lagipun dia sudah bersyukur kerana ada tempat tinggal yang selesa bersama keluarganya.

Selain itu, alasan utamanya menyertai CSOIAM, Kai Deva men£gaskan, dia ingin memberikan kehidupan yang lebih selesa dan mengubah nasib keluarganya.

"Kalau tidak masuk CSOIAM pun, saya tetap akan bekerja siang ke malam untuk mencari pendapatan. Saya bukan berasal dari keluarga yang senang, saya berpindah ke Kuala Lumpur sendirian kemudian saya 'busking', seterusnya berkahwin.

"Ada juga kasihan tengok saya bawa anak dan isteri naik motosikal. Jadi, mereka doakan saya dapat beli kereta, itu juga adalah sal@h satu sebab saya masuk CSOIAM. Saya mahu cari rumah yang lebih selesa untuk keluarga saya, selain hantar ibu saya menunaikan umrah," tutur bapa kepada seorang anak itu.

Dalam pada itu, Kai Deva turut menangkis komen-komen sin1s yang membuat andaian dia pasti akan lupa diri apabila sudah menempa nama, selain tidak nafikan, sampai bila-bila pun akan terhutang budi dengan isterinya.

"Mula-mula masa dia berpantang memang saya jarang ada masa untuk dia, tapi dia faham saya buat untuk keluarga. Tapi saya tidak balik terus tidur saja, saya tetap jaga anak kami secara bergilir. Itu tanggungjawab yang saya perlu saya bawa sebagai suami dan lelaki.

"Tugas saya cari nafkah, dan saya memang hormati isteri saya kerana memahami saya. Saya hargai dan mungkin saya takkan boleh boleh balas jasa dia menjaga anak, waktu pantang pun sendiri. Saya doakan yang terbaik untuk dia dan dapat menjadi isteri baik untuk saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: