20 February 2025

FASA HUBUNGAN DENGAN MR E - ERRA FAZIRA ENGGAN KONGSI LANJUT



"Bab itu (Hubungan dengan Mr E) saya tak berani nak komen. Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pula yang jadi. Jadi, lebih baik tunggu dan lihat dulu. Saya cuma mohon doa-doa yang baik saja.

"Tapi bila ramai yang beri kata-kata p0sitif, Allahuakbar, memang buat saya rasa terharu. Saya sedar, pada usia sekarang, rasa macam malu sendiri bila orang bercakap soal jodoh dan cinta saya.

"Zaman itu dah berlalu. Sekarang ini, saya lebih memilih untuk tenang saja. Tapi tak sangka ramai juga yang sama-sama mendoakan kebahagiaan saya."

Itulah tutur pelakon Erra Fazira dimana dia memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya dengan usahawan Ezwan Zain atau Mr E.

Ujar Erra, selagi belum ada perkembangan ke arah fasa seterusnya, dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka walaupun sering berkongsi kehidupannya di media sosial.

Dalam pada itu, Erra memberitahu, setakat ini belum ada sebarang pertemuan s£rius membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak berhubung hubungannya dengan usahawan dikenali Mr.E.

"Saya tak berani nak terlalu bercakap mengenai hubungan ini, sebab pengalaman lalu banyak mengajar. Kalau terlalu dicanang, nanti apa yang berlaku di kemudian hari, kita juga yang menanggungnya.

Klik untuk gambar besar

"Jadi, saya lebih memilih untuk bertenang dan tak perlu dih£bohkan. Proses untuk mengenali seseorang itu sudah tentu mengambil masa.

"Setakat hari ini, belum lagi sampai ke tahap bertemu dengan keluarga saya, tapi anak saya okay," katanya.

Berhubung ulang tahun kelahirannya yang disambut baru-baru ini, Erra menjelaskan, tiada apa-apa k£jutan istimewa yang berlaku.

"Saya pun tiada idea mengapa timbul cerita seolah-olah ada sesuatu pada tarikh 7 Februari. Saya pun sudah jelaskan tiada apa-apa.

"Malah pada hari jadi saya iaitu pada 9 Februari pun kami hanya buat makan-makan, sambut sekadar apa adanya sahaja.

"Ia hanya setakat makan-makan bersama sekitar 10 orang kawan yang dianjurkan oleh Mr E di Gombak, Kuala Lumpur. Sesuatu sesi yang ringkas, tapi memberi makna," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: