20 February 2025

"MAK SAYA DALAM WAD, TAK BOLEH MINTA MAAF... JADI SAYA NAK KENA BUAT APA? MINTA MAAF MAKCIK" - IMRAN BARD



"Sampai melibatkan ibu bapa... Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.

"Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik," ujar pemp£ngaruh, Imran Bard dimana dia tampil membalas kenyataan pelakon Ellie Suriaty yang meminta ibu bapanya berjumpa dan memohon maaf.

Imran yang difahamkan kini berada di kampung halaman, memberitahu, ibunya tidak dapat memenuhi permintaan Elly kerana sedang dirawat di hospital.

Pemp£ngaruh itu berkongsi perkara berkenaan dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya pada petang Khamis.

Klik untuk gambar besar

Jelas Imran, video menyebut nama Ellie tidak menyentuh sebarang isu s£nsitif sebaliknya hanya gurauan, malah turut mengagumi pelakon itu serta artis-artis lain yang disebut dalam video tersebut.

"Kepada mak cik Ellie Suriaty, janganlah fikir begitu. Bukan nama mak cik sahaja saya sebut. Nama pelakon veteran lain pun saya sebut.

"Semua artis yang saya kagum. Saya masukkan dalam content bukan sensitif pun. Content konon-konon jadi juri jer," katanya.
Pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan sal@h satu kandungan dihasilkan Imran yang dianggap telah menc£markan namanya.

Ellie menerusi sidang media itu, menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pemp£ngaruh tersebut.

Melihat pada kandungan video berkenaan, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlar@ng.

Dalam pada itu, Ellie juga memaklumkan, dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tind@kan sam@n.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: