"Teguran saya kepada Saiful Apek atau Abang Saiful agar berhati-hati, kata-kata abang Saiful memang mantap sekali. Bila mana kita memegang tubuh seorang wanita lebih-lebih lagi wanita tersebut isteri orang, ia tidak dibenarkan syarak."
Demikian kata pendakwah bebas, PU Syed dimana dia tampil memberikan teguran kepada pelawak popular, Saiful Apek susulan dilihat bermesra dengan usahawan sens@si, Kak KM.
Menerusi satu video tular, Saiful dilihat memeluk pinggang Kak KM sebelum memberikan kata-kata nasihat mengenai kehidupan.
Klik untuk gambar besar
Tegurnya lagi, walaupun sentuhan tersebut berlaku tanpa terkena kulit secara langsung, namun perbuatan tersebut tidak dibenarkan, lebih-lebih lagi apabila wanita berkenaan adalah isteri orang.
Dalam pada itu, PU Syed berkata, seseorang itu perlu muhasabah diri kerana mungkin ada perbuatan yang dilakukan tanpa sengaja tetapi ianya sal@h serta perlu berhati-hati.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment