01 February 2025

FATTAH AMIN SIFATKAN FATIMA MUNGKIN MERAJUK : "BIASALAH BUDAK-BUDAK 4 TAHUN, KITA TAK BOLEH JANGKA APA DIA NAK CAKAP"



"Budak umur empat tahun, kita tak boleh jangka apa yang dia akan cakap. Saya rasa itu perkara biasa… mungkin dia merajuk. Bagi saya, itu biasalah budak-budak, empat tahun. Kita tak boleh jangka apa dia nak cakap. Mungkin dia merajuk.

"Bagi saya, benda-benda begitu sangat normal untuk seorang budak. Bila kami berjumpa (semalam), saya tak nampak reaksinya seperti dalam video yang tular. Kami banyak bercakap."

Demikian kata pelakon Fattah Amin dimana dia menganggap luahan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang umpama merajuk kepadanya baru-baru ini adalah tind@kan normal kanak-kanak berusia empat tahun sepertinya.

Disamping itu, ujar Fattah lagi, walaupun sudah berpisah dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura, dia tidak melihat sebarang jurang antara hubungan dengan anaknya itu.

Klik untuk gambar besar

"Walaupun sekarang tidak lagi seperti dahulu, namun hubungan kami masih kuat. Saya tak nampak ada jarak antara kami. Saya dan Fazura (bekas isteri) juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan keadaan sekarang," jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia juga tidak tahu apa niat mereka ketika ditanya mengenai tind@kan individu-individu yang merakam skrin dan memuat naik semula potongan daripada video siaran langsung itu.

"Saya tak tahu apa niat orang yang memuat naik video itu. Harap tiada lagi kecaman. Doakan yang baik-baik," tuturnya.

Untuk makluman, Fatima adalah anak hasil perkongsian hidup Fattah bersama pelakon Nur Fazura, sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: