01 February 2025

PENYANYI NAUFAL AZRIN SAHKAN SUDAH BERTUNANG - PILIH GURU SEBAGAI BAKAL ISTERI



Selepas tujuh tahun lalu berkenalan, penyanyi yang popular menerusi lagu duet 'Casablanca' bersama Nuha Bahrin iaitu Naufal Azrin, 26, mengesahkan dirinya sudah bertunang dengan seorang guru yang hanya disebut sebagai 'F'.
Kata Naufal, ini adalah masa terbaik untuk dia dan wanita pilihannya itu melangkah ke fasa baharu dalam hubungan mereka.

"Dah lama kami kenal. Saya rasa, sudah tiba masa untuk kami melangkah ke fasa seterusnya. Saya pun mula terbuka hati sekarang dan baru ambil keputusan untuk bertunang," tuturnya.

Kongsinya lagi, dia dan wanita berusia 28 tahun itu saling mengenali antara satu sama lain menerusi Instagram dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

"Kami kenal di Instagram. Insya Allah, kami akan berkahwin pada tahun ini. Mengenai identitinya, biarlah bila dah berkahwin nanti, saya kongsikan. Buat masa sekarang, biarlah rahsia," katanya.

Naufal menerusi Instagram Story, turut memuat naik gambar pertunangan mereka yang berlangsung semalam, namun menutup wajah wanita itu dengan emoji hati.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: