12 February 2025

FIKRY IBRAHIM SAHKAN SUDAH BERNIKAH



"Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan," itulah tulis pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.

Kata-kata Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, itu sekaligus mengesahkan laporan dia sudah melangsungkan perkahwinan hari ini, di sebuah masjid di Jitra. Kedah.

Perkongsian Fikri itu mendapat pelbagai reaksi serta ucapan tahniah daripada pengikutnya dan rakan-arakan artis.

Difahamkan, Fikry bernikah dengan seorang wanita berusia 37 tahun dikenali Khalizah Alihan dengan sekali lafaz.

Klik untuk gambar besar

Dalam laporan, wanita pilihan pelakon itu dikatakan pernah terbabit dalam dunia hiburan dan pernah menjadi pengasas kepada sebuah badan bukan kerajaan.

Berita pernikahan pasangan itu dilaporkan sudah dikongsi beberapa kenalan terdekat dalam media sosial.

Sebelum ini, tular beberapa keping foto memperlihatkan Fikry bersama pasangannya itu dinikahkan dipercayai di sebuah masjid.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: