"Saya minta doa daripada semua supaya saya dan isteri kuat. Kami ada anak ramai, setiap anak ada perangai masing-masing.
"Mungkin ini yang terbaik buat kami... ada hikmah disebaliknya, tidak akan kongsi dengan semua. Sebab baru lagi, kami pun masih dalam keadaan terk£jut."
Itulah tutur bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha dimana dia suk@r untuk menyembunyikan perasaan sedihnya di atas pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees.
Kata suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu, dia tidak dapat berkongsi banyak maklumat, namun memaklumkan anak bongsunya itu dalam keadaan sihat dan baik.
Disamping itu, Zaquan turut berkongsikan respon abang dan kakak arwah Aisy yang pada mulanya terk£jut serta bertanyakan apa yang terjadi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, kata isteri Zaquan pula, sejak dari lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir, anak bongsunya itu tidak pernah menyus@hkannya.
"Dia memang baik luar biasa. Setiap saat dia bersama saya, adalah kenangan terindah. Dia hanya pinjaman dan bila-bila masa boleh diambil," ujarnya.
"Saya reda Insha-Allah. Pada mulanya dia memang anak dari syurga, dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir, dia tidak pernah menyusahkan, dia memang baik luar biasa.
"Memang ditakdirkan dia baby syurga, itu sahaja saya nak cakap," tutur Ayu yang turut mengimbas kenangan selama enam bulan bersama anak tercinta.
"Setiap saat dia bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak dia," tambahnya.
Semalam, anak bongsu pasangan itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika tidur di rumahnya, jam 1 tengah hari.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment