12 February 2025

NOOR NABILA T£GAS PERGI BERCUTI LIMA ORANG, NAFI SEBILIK TAPI DUDUK SERUMAH



Usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Noor Nabila tampil men£gaskan percutiannya bersama bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad serta anak mereka, Jebat Jayden turut ditemani dua lagi individu.

Nabila yang menjelaskan perkara itu menerusi perkongsian di media sosial, dimana katanya, percutian mereka di Perancis berlima dan menyewa sebuah rumah yang mempunyai beberapa bilik.

"Bawa anak bercuti bersama, kami ini datang bercuti lima orang dan duduk serumah bukan sebilik," kata Nabila yang turut menasihati netizen untuk tidak masuk campur urusannya sebaliknya fokus dengan kehidupan sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Netizen jangan nak tentukan masa depan orang. Elok itu, elok ini. Kalau awak semua tahu sangat masa depan, lebih baik atur hidup sendiri dan bukan tentukan hidup orang," ujarnya.

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa b£rang dituduh sudah rujuk dengan bekas suaminya, selain menjelaskan hubungan mereka hanya kawan dan meminta untuk menjadi netizen cerdik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: