"Inilah namanya sahabat, sentiasa ada bersama ketika sus@h dan senang. Pada masa sulit, boleh doakan kita. Saya tidak terfikir Mamat boleh pasang niat mahu mendoakan saya di Makkah.
"Dia banyak tahu keadaan saya. Saya bersyukur Mamat ambil tahu dan tergerak hati nak doakan saya di Tanah Suci. Sebabnya, doa seorang kawan juga Allah angkat dan kabulkan.
"Saya akui sedang berdepan banyak mas@lah yang saya boleh katakan sebagai ujian dalam perniagaan," ujar pelawak Shuib yang meluahkan rasa terharu apabila mendengar pengakuan sahabatnya Mamat Sepah yang berniat untuk mendoakan kesejahteraannya ketika mengerjakan umrah kelak.
Shuib yang mengakui sedang berdepan banyak mas@lah itu berkata, Mamat adalah sahabat paling rapat dengannya sekarang, selain turut menjelaskan mengenai hut@ng puluhan juta seperti didedahkan Mamat dimana semua itu adalah hut@ng perniagaan.
"Hut@ng saya lebih kepada hut@ng berniaga termasuk dengan badan kerajaan. Contohnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan cukai... Semuanya membabitkan perniagaan.
"Saya takkan berhenti dengan rasa yakin. Saya pegang satu sahaja, selagi tidak berhenti, kita belum gag@l... Perniagaan saya masih berjalan. Banyak benda kena betulkan.
"Saya sebenarnya tidak pandai dan hanya budak kampung. Tetapi Allah bagi rezeki. Saya anggap satu anugerah. Tahu atau tidak, kena buat jadi tahu," katanya yang juga mendakwa perniagaannya dalam keadaan baik dan akan mengurus serta merancang dengan lebih baik pada masa hadapan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment