Sekitar jam 9.30 pagi pada Rabu, jenazah anak bongsu kepada pasangan selebriti, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha iaitu Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, di sini.
Sebelum ini, anak lelaki pasangan itu yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di Taman Sri Pulai di sini kira-kira jam 1 petang pada Selasa.
Melihat pada perkongsian video di media sosial, Zaquan yang merupakan bekas pemain bola sepak ini telah memberi pandangan dan ciuman terakhir kepada anak syurganya itu.
Klik untuk gambar besar
Selepas kem@tian bayi tersebut disahkan oleh pegawai perubatan, jenazah dihantar ke Hospital Rembau bagi proses b£dah sias@t dimana ia dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Jenazah anak pasangan itu kemudiannya dimandi serta dikapankan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan.
"Terima kasih atas sokongan, cuma beri masa kepada saya dan isteri. InsyaAllah, jenazah akan dikebumikan 9 atau 10 pagi esok (hari ini) di Makam Tuan Haji Said, Seremban," luah Zaquan Adha dalam nada sebak sebelum ini.
Selain Muhammad Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan yang berkahwin pada 21 Januari 2011 turut dikurniakan enam anak lain, Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.
Takziah diucapkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment