23 February 2025

HILANG SABAR, LOCA B DEDAH SIKAP IBU MENTUA - TUJU KATA DAH MESEJ IBU TAPI KENA 'BL0CK'



"Kepada ibu mentua saya, Marni. Hari ini hari terakhir saya menyorok di belakang tr@uma. Saya lepaskan di sini (Instagram) tanpa izin kamu kerana selama ini kamu melakukan semua perkara tanpa izin saya."

Itulah tulis penyanyi dan komposer Loca B menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu mentuanya selepas sudah lama menyimpan perasaan.

Ini kerana kata Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 33, dia enggan lagi hidup dalam keadaan tr@uma dan mengambil keputusan untuk bercerita mas@lah mereka kepada umum.

Dakwa Loca, ketika sedang mengandungkan Bintang Aiko, ibu mentuanya itu pernah melakukan pen1puan dengan mencur1 duit hasil kerja.

Klik untuk gambar besar

"Kamu yang berk0pmplot bersama ipar kami untuk curi duit kerja keras saya dan anak kamu sendiri dengan menggunakan nama Tuhan dan keluarga. Sebab kamu t@kut anak kamu, tapi berani pergunakan saya.

"Kamu gunakan saya untuk mendapat persetujuan dia. Saya pun b0doh ingin ambil hati mentua," jelasnya yang juga tidak teragak-agak untuk terus mendedahkan keburukan ibu mentua sendiri sekiranya wanita berkenaan masih bercakap buruk mengenai dirinya dan Tuju.

Berhubung itu, Loca turut menuntut permohonan maaf daripada ibu mentua itu selepas memburukkan nama keluarganya.
Sementara itu, suami Loca yang juga penyanyi, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, memberitahu, dia sudah cuba menghubungi ibunya, namun nombor telefon sudah dis£kat.

"Maafkan saya. Saya sudah mesej secara personal (peribadi) akan tetapi sudah (bl0ck) dis£kat. Saya hanya anak dan perlukan kedua-dua ibu bapa yang harus pandai bertanggungjawab, jangan dibiar," katanya menerusi mesia sosial.

Untuk makluman, Loca B berkahwin dengan Tuju pada Mac 2021 dan mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Bintang Aiko, 3 tahun.

Loca B juga mempunyai seorang anak lelaki melalui perkahwinan terdahulu yang diberi nama Yusuf Alexander, 9 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: