05 February 2025

'INDIVIDU BERADA' CUBA 'MASUK JARUM' - DATUK RED REDA JIKA ADIRA BERTEMU JODOH LAIN : SELAGI TIADA ITU (EKONOMI KUKUH)... MATI KERAS SENDIRI PUN TAK APA"



"Saya dapat laporan ada seorang individu lelaki tengah tunggu masa sesuai nak 'masuk jarum' pada Adira. Dia (individu itu) betul-betul minat pada Adira. Kalau tiada jodoh saya dengan Adira, tak mengapa. Lelaki itu berkemampuan. Saya pun tak boleh tahan, Adira itu manusia."

Demikian ujar usahawan sensasi, Datuk Red, 48, dimana dia terbuka menerima jodoh bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, 33, sekiranya wanita itu bertemu dengan lelaki 'berduit' berbanding dirinya yang dianggap tiada apa-apa.

Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu dalam luahan hatinya yang dikongsikan di media sosial itu berkata, dia mendapat tahu ada seorang lelaki yang didakwa 'individu berada' kini dalam proses dan hanya menunggu masa cuba mendekati Adira.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ujar usahawan ini lagi, dia menyerahkan soal jodoh dengan Adira pada ketentuan takdir kerana menyedari yang dirinya tiada apa-apa sekarang ini kerana harus bangkit semula membina kehidupan.

"Kalau ada jodoh (dengan Adira), adalah. Cuma, saya sekarang kena terus fokus kerja cari duit untuk anak-anak. Kerja yang perlu diutamakan dulu. Tapi, selagi tiada itu (ekonomi kukuh) tidak mengapa, saya duduk (seorang) sampai akhir hayat pun tak kisah.

"Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Asalkan saya tak susahkan isteri dan anak-anak saya," kata bapa kepada 11 orang anak itu yang menyifatkan, walaupun Adira berkahwin lain, namun anak-anak tetap bersama mereka.
Untuk makluman, Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, namun bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan bersama Adira, Datuk Red dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob, 3 tahun. Anak-anak mereka kini dalam jagaan Adira.

Sebelum ini, Datuk Red dan Adira juga pernah memberi bayangan mereka 'bercinta semula' selepas beberapa bulan bercerai serta meluahkan rasa syukur masih diberikan peluang kedua.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: