05 February 2025

"SAYA MASIH HARAPKAN SEMUA MENDOAKAN ANAK SAYA SEGERA SEMBUH" - AMYZA AZNAN MAKLUM ANAK ALAMI KETUMBUHAN DI PARU-PARU



Selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital, pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu, doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail, 18.
Kongsi Amyza lagi, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.

"Doktor beritahu selepas buat pemeriksaan X-ray hanya ada sedikit saja bendalir di paru-paru Andre dan selebihnya adalah ketumbuhan.

"Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.

"Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak s£rius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan," tuturnya.

Dalam pada itu, mengenai karier lakonannya pula, Amyza berkata, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya yang dirawat di hospital di Ampang.

"Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu. Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.

"Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh," katanya.

Amyza menerusi hantaran di media sosial sebelum ini memohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre Mikhail yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.

"Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail," tulisnya yang turut menyertakan tanda pagar 'The Power Of Dua'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: