08 February 2025

IRMA HASMIE YAKIN URUSAN JODOH AKAN DATANG TANPA DICARI : "ALLAH HANTAR TAK PERLU HEBOH KAN? GURAU SAJA KORANG"



"Jodoh tu datang sendiri, Allah hantar tak perlu heboh kan? Gurau saja korang (kalian), " demikian kata pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dimana dia yakin urusan jodoh akan datang tanpa dicari, selain juga percaya Tuhan akan menghantar jodoh yang tepat tanpa perlu menghebahkan kepada khalayak.
Bagaimanapun perkongsian Irma itu hanya sekadar gurauan di media sosial kerana ingin mengajak pengikutnya untuk bercuti di luar negara.

Untuk makluman, Irma kini berstatus janda selepas bercerai dengan Redza Syah Azmeer pada 2023. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini, rumah tangga Irma dan Redza menjadi perhatian selepas bekas suaminya itu berkongsi foto perkahwinan di akaun Instagram.

Kemudiannya, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami berantakan selepas Irma memuat naik status mengenai kesabaran seorang wanita, selain jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: