Pada 3.15 petang semalam, jenazah pelakon veteran iaitu Roslan Saleh atau mesra disapa sebagai Pak Lan, 69, telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah.
Allahyarham Roslan menghembuskan nafas terakhir di rumahnya kira-kira 7 pagi semalam akib@t k0mplikasi pelbagai peny@kit seperti k£ncing manis dan tek@nan dar@h rendah yang dialami sejak lima tahun lepas.
Terdahulu, jenazah Roslan dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan bagi pengebumian dengan dihadiri lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara, kenalan dan rakan artis.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi Zack Kool atau nama sebenarnya, Zulkifli Mohamad, berkata, beliau memang mengetahui keadaan arwah Roslan yang terlantar s@kit akib@t k£ncing manis dan kehilangan penglihatan, serta pernah menghulurkan bantuan sewaktu menjadi Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dahulu.
"Memang sedih atas kehilangan ini dan sepanjang mengenalinya, arwah bukan seorang yang sombong. Memang muka dia nampak gan@s tetapi hatinya baik. Saya ingat arwah sebab senyuman dia dan sedia memberi nasihat serta berkongsi mengenai lakonan dan kehidupan.
"Arwah kalau beri nasihat pun, dalam keadaan gelak-gelak sebab dia suka berselor0h. Jadi kalau kita alert (peka), kita dapatlah," katanya ketika ditemui media selepas majlis pengebumian.
Kongsi Zack lagi, arwah Roslan masih mampu bergurau walaupun dalam keadaan tidak dapat melihat dan antara kenangan terakhir adalah sewaktu memberi arwah hadiah ketika menziarahinya tidak lama dahulu.
"Arwah tanya apa ni dik... saya jawab kertas bang, dan tak tahulah sama ada berharga buat abang atau tidak. Kemudian dia gelak. Itulah kenangan dan memang dia peramah," jelasnya.
Disamping itu, ujar artis veteran Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah, perkenalannya dengan arwah Roslan sudah mencecah hampir 40 tahun dan mereka sangat rapat, malah telah menjadi sebahagian daripada keluarganya.
"Saya kenal masa Roslan baru berkahwin dan masih lagi menjadi guru. Kemudian arwah berhenti jadi guru dan terlibat dalam pr0duksi, dan kami rapat sampailah sekarang. Kami dah macam adik-beradik. Dia panggil saya kakak.
"Masa dia s@kit, saya selalu juga datang dengan anak ke Melaka untuk ziarah, dan bila dengar berita (meninggal) terk£jut jugalah tapi dah tahu dia s@kit dah lama, jadi saya bersyukur dia (pergi) pada hari yang baik," tuturnya.
Arwah yang mempunyai empat anak dan 10 cucu itu sering keluar masuk hospital disebabkan peny@kit dihadapinya dan menurut isterinya, Zainun Majid, arwah meninggal dunia dalam tidur.
Sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, arwah Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular antaranya 'Sembilu 2', 'Gerak Khas The Movie 2', 'Mun@fik 2' dan 'Anak Perjanjian Sy@itan', manakala 'Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda' adalah filem terakhir lakonannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment