"Saya tak pernah sekat atau menghalang komunikasi antara anak-anak saya dengan bapa mereka. Malah dia sendiri boleh menghubungi anak-anak menerusi nombor saya kerana saya sendiri juga tidak menyekat nombor telefonnya.
"Dia juga boleh hubungi saya bila-bila masa tapi selepas dia berkahwin, kami tak lagi berhubungan. Saya juga ada memaklumkan mengenai saya ke Australia bersama anak-anak dan Alhamdulillah anak-anak gembira dan dijaga baik di sini.
"Saya tidak pernah mengab@ikan atau ketepikan kebajikan serta keselamatan mereka di sini," jelas bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dimana dia tiada niat menjauhkan, apalagi memutuskan hubungan bekas suaminya bersama dua anak mereka iaitu Humairah, 8, dan Umar, 5.
Dalam pada itu, Nurul Shuhada berkata, peguamnya sudah memaklumkan pihak Hafidz akan pemergian serta keberadaan dia dan dua anaknya di Australia.
Selain itu, Nurul Shuhada juga menafikan dia mengab@ikan persekolahan anak-anaknya, sebaliknya mereka dihantar bersekolah di Australia.
Tambahnya lagi, kebajikan anak-anak serta akademik mereka sentiasa jadi keutamaannya, selain juga menjelaskan keputusan membawa dua anaknya ke Australia dibuat menerusi saluran betul.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, menuntut dua hadanah penuh dan interim terhadap dua anaknya, Humairah, 8, dan Umar, 5, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Kata Hafidz, tind@kan itu diambil selepas dia tidak bertemu dengan dua anaknya dalam tempoh lebih setahun kerana dipercayai dibawa bersama Nurul Shuhada yang sekarang menetap di Australia.
Difahamkan, kali terakhir Hafidz dapat berhubung dengan anak-anaknya itu adalah menerusi panggilan video sebelum mereka berpindah ke Australia dan dia juga ada berusaha mahu berjumpa.
Sepanjang tempoh tersebut, jelas Hafidz, dia yang berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, sebelum bercerai pada 27 Julai 2023 itu tidak mengab@ikan tanggungjawab dengan membayar nafkah untuk kedua anaknya walaupun sudah lama tidak bersua.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment