08 February 2025

TAK HALANG ANAK SULUNG S£RIUS DALAM SENI - NABIL AHMAD MAHU NAYLA UTAMAKAN PELAJARAN : "SAYA DULU TAK MERASA MASUK UNIVERSITI... SAYA NAK DIA JADI BEGITU (BERILMU)"



"Untuk anak sulung, saya harap, perhatian yang diberi kepada dia pun yang baik-baik. Dia tak tahu (namanya tular) saya rasa sebab walaupun ada media sosial, tapi mak dia kawal juga.
"Untuk dia dengan kawan-kawan dia berhubung, okey saja sebab kami pun tak nak dia tertinggal sangat. Jadi, kami cuba seimbangkan."

Itulah kata pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dimana ujarnya, gelaran selebriti popular sedikit sebanyak turut memberikan t£mpias populariti kepada anggota keluarga termasuk anak-anak.

Nabil juga tidak menafikan populariti kian dirasakan anak sulungnya, Nayla Mikayla, 13, malah anaknya itu juga tidak tahu mengenai namanya yang kini mula tular dan menjadi bualan.

Menurut pengacara Gegar Vaganza itu, dia dan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira tidak menghalang anak sulung mereka untuk s£rius dalam seni, namun tidak mengetepikan pelajaran.

"Untuk dia s£rius dalam seni, dia memang suka lakonan dan menyanyi, tapi kami nak kawal sikit sebab dia pun baru 12 tahun. Saya nak dia fokus dan belajar.

"Saya dulu tak merasa masuk universiti, jadi saya nak 'benda' itu habis dekat saya. Saya nak dia dapat sambung belajar, masuk universiti, dapatkan ijazah. Saya nak dia jadi begitu (berilmu).

"Sebabnya, untuk berada dalam industri di zaman sekarang, mudah. Platform besar dan banyak. Jadi, untuk dia nak mencuba, bila-bila pun boleh.

"Untuk jadi orang berilmu, ada ijazah atau sehingga peringkat Doktor Falsafah itu, zaman sekarang ini orang macam tak berapa nak 'push' sangat. Jadi, saya nak dia fokus ke arah pelajaran juga," tuturnya yang turut memberitahu, dia sentiasa menggalakkan Nayla untuk aktif di sekolah khususnya dalam kurikulum.

"Di sekolah sekarang pun, saya suruh dia sertai banyak kurikulum. Dia ambil muzik, sukan dan kalau tak sal@h saya, lepas Aidilfitri dia akan sertai pertandingan bola tampar atau apa, di Phuket, Thailand.

"Dia terpilih untuk bermain dalam pasukan dan bertanding di pertandingan antarabangsa. Jadi, saya nak dia fokus di situ juga. T@kut nanti, kalau dah terambil banyak tawaran kerja seni, dah nampak ada pendapatan, nanti pelajarannya ter@bai.

"Dia okey dengan aturan kami dan suka. Dia pun dah ada hala tuju sekolah mana dia nak pergi selepas ini. Dia sendiri pun ada buat kajian sekolah mana yang sesuai untuk dia lanjutkan pelajaran," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tawaran kerja seni pula, Nabil berkata, dia akan sentiasa memantau tawaran bagi disesuaikan dengan jadual dan kandungan yang ingin dipaparkan.

"Dia ada dapat banyak tawaran, tapi saya tak terima semua. Mana-mana tawaran yang membabitkan saya, Insya-Allah, sebab saya boleh ada di situ dan kawal.

"Dia ada berlakon teater dan ada persembahan sebelum ini. Saya rasa mengenai pembahagian masa, saya kena susun juga supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Alhamdulillah, sekarang ini, adik dia pun dah dapat tawaran iklan untuk pakaian sekolah," jelas Nabil yang dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nayla Mikayla, 13; Leyla Medyna, 10, dan Mishall Imani, 6, hasil perkahwinan bersama Nazirah Ayub atau Zira.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: