"Sekarang ini memang tiada tawaran. Bukannya berehat, saya masih membuka tangan (untuk berlakon). Namun saya memilih tawaran iaitu watak ustaz ataupun pendakwah."
Ujar pendakwah dan pelakon, Da'i Syed dimana jelasnya, dia tiada niat berehat dari lakonan sebaliknya terbuka jika mendapat tawaran, namun memilih untuk membawakan watak Islamik.
Meskipun tiada tawaran berlakon susulan terpalit dengan kontr0versi sebelum ini, Syed berkata, dia banyak meluangkan masa dengan isteri, pengacara Hana Ismail dan anaknya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Klik untuk gambar besar
"Masa itu adalah emas. Jadi saya banyak menghabiskan masa saya walaupun 1 saat, saya tengok anak besar depan mata. Alhamdulillah walaupun tiada tawaran itu dan ini, tetapi saya dapat tengok anak membesar.
"Daripada saya tinggalkan dia selama 16 hari dan sampai sekarang hampir enam bulan. Alhamdulillah," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Syed merupakan sal@h seorang pelakon dalam filem 'Daj@l: Satu Malam Di Ped@jal' yang di pawagam bermula Khamis (semalam).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment