"Saya bersyukur dan berasa bertuah kerana dipilih sebagai duta eksklusif tudung Ariani Luxe di antara ramai selebriti lain.
"Saya berharap kolaborasi ini akan membuka lebih banyak pintu rezeki, terutama ketika beberapa jenama lain menarik diri akib@t isu kontr0versi yang mengaitkan saya sebelum ini.
"Terima kasih kepada pemilik jenama Ariani, Datin Seri Farah Haryani, kerana memberi peluang ini kepada saya di saat saya berdepan dengan cab@ran."
Itulah ujar pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 52, dimana dia mendedahkan beberapa syarikat yang pada awalnya berminat untuk berkolaborasi tiba-tiba menyepi selepas namanya dikaitkan dengan kontr0versi hut@ng Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang hangat diperkatakan.
Namun terkini, Rozita atau nama lebih mesra disapa Che Ta, meluahkan rasa syukur kerana masih ada jenama terkenal yang terus menaruh kepercayaan tinggi untuk meneruskan kerjasama dengannya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata, dia tidak menyangka masih diberi peluang di saat namanya panas membabitkan isu Mara.
"Saya harap kerjasama ini dapat memberikan imp@k terbaik. Saya anggap ini rezeki saat isu sedang pan@s," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Seri Farah Haryani, menjelaskan hubungan baik yang terjalin sejak 2007 menjadi faktor utama pemilihan Che Ta sebagai duta Ariani Luxe.
"Saya sudah mengenali Che Ta sejak zaman Jakel lagi, dan pemilihannya bukan atas dasar simpati atau untuk membantu.
"Sebagai duta, Che Ta memiliki pakej lengkap – seorang yang sangat komited, berdedikasi, berdisiplin, tidak berkira, dan sentiasa sedia membantu.
"Kualiti inilah yang membuatkan kami tertarik untuk melantik beliau sebagai duta," jelasnya yang turut mengekalkan Datin Lisa Surihani, Bella Dailya dan Uyaina Arshad sebagai duta.
Terdahulu, Pada 10 Disember, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor dis£rbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gag@l melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Bagaimanapun, Che Ta yang mempunyai tiga cahaya mata itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment