13 February 2025

BILA MR E SAMBUT 'BIRTHDAY' ERRA FAZIRA, SIAP 'HEALING' BERSAMA : "ANDAI BUMI TERBELAH, AKU TETAP CINTA PADAMU"



"Andai bumi terbelah, aku tetap cinta padamu. Selamat ulang tahun buat kamu yang mempersonakan. Semoga tahun ini menjadikan dirimu seorang insan yang lebih baik dan diberi kebahagiaan hingga akhir hayat."

Demikian tulis Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain dimana dia memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira pada 9 Februari lalu, baru-baru ini.

Terbaru, menerusi perkongsian di Insta Story, Mr E dan Erra telah meluangkan masa bersama beberapa rakan di sebuah kawasan rekreasi dimana mereka dilihat begitu bahagia duduk di atas kerusi sambil berbual dengan dikelilingi kehijauan pokok.

Klik untuk gambar besar

Apa yang lebih tertarik, Mr E turut menggunakan lagu berjudul 'Selalu Bahagia, Ya' sebagai muzik latar hantaran berkenaan.

Sebelum ini, Erra mengaku sedang mengenali seseorang, namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.
Sementara Mr E pula, dia tidak menafikan yang mereka kini sedang dalam fasa mengenali hati budi, namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.

Nampaknya Erra bersama jejaka itu dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban mereka kepada umum dan tidak lagi berselindung.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat Erra dan Mr E. Mana tahu mereka ditakdirkan berjodoh.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: