"Alhamdulillah, percutian ke Switzerland selama seminggu bersama 15 ahli keluarga termasuk besan iaitu ibu dan adik-adik pelakon Puteri Sarah Liyana.
"Puteri Sarah tidak dapat sertai percutian ini kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
"Selain Syamsul, adiknya yang juga pengarah muda Syafiq turut serta dalam percutian ini."
Klik untuk gambar besar
Ujar Yusof, lebih bermakna, percutian kali ini disertai Syamsul bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, sekali gus melupakan sengk£ta lama serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
"Apa yang paling penting bukan kami, tapi anak dan cucu dapat bersatu dalam satu ikatan keluarga.
"Kami sudah di penghujung usia dan tidak mahu adanya kris1s keluarga kerana dunia ini hanyalah sementara," tuturnya yang berkongsi, kali terakhir bercuti dengan Syamsul di London bersama Puteri Sarah pada 2017.
Terdahulu, Syafiq memberitahu, bapanya itu merancang percutian keluarga bersama Syamsul ke Eropah, tahun ini, sekali gus melupakan sengk£ta dan mengeratkan ukhuwah.
Jelasnya Syafiq lagi, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail juga turut bertanggungjawab menjadi 'mastermind' dalam merancang percutian berkenaan.
Sebelum ini, Syamsul dikatakan tidak pulang ke rumah ibu bapanya selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.
Pada 5 September tahun lalu, Syamsul menceraikan Ira dengan talak satu selepas 21 bulan berkahwin dan kemudiannya dilaporkan pulang ke rumah keluarga seminggu setelah bercerai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment