"Saya rasa lebih baik isteri duduk dekat rumah dan besarkan anak-anak. Fatin juga merupakan ibu yang menakjubkan. Walaupun dia tidak pernah menang sebarang anugerah dalam industri, tetapi setiap hari dia menang sebagai isteri dan ibu terbaik.
"Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?
"Tidak perlulah dia kembali (ke industri). Bukannya di bayar rumah ataupun bil. Itu semua saya yang selesaikan. Jadi, isteri tidak perlu bekerja."
Itulah ujar usahawan yang juga suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang dimana dia akuu gembira apabila isterinya itu tidak kembali bekerja.
Sebaliknya, kata Aliff atau lebih mesra dipanggil Opai, dia lebih selesa jika isterinya itu duduk dirumah kerana dapat meluangkan lebih banyak masa serta membesarkan sendiri anak-anaknya.
Untuk makluman, Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Jibril.
Selain itu, Fatin yang merupakan pelakon filem 'Tentang Bulan' ini juga mempunyai dua cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment