"Benda ini pun bertanding, menang kalah adat pertandingan. Aina pula menang, tapi mungkin ada tek@nan yang dilaluinya sehingga mahu ambil keputusan ini. Pada dia (Aina) mungkin keputusan ini dirasakan okey baginya dan mungkin dia juga ada nak fokus untuk gali ilmu. Jadi, terpulang kepada dia.
"Kita tak boleh cakap apa-apa kerana itu hak dia. Macam saya, belum lagi ada rezeki menang apa-apa di AJL," ujar penyanyi Khai Bahar, 31, dimana dia melihat keputusan dibuat penyanyi Aina Abdul yang tidak mahu lagi terbabit dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas ini sebagai pilihannya sendiri.
Khai bagaimanapun berkata, agak sayang juga dengan pilihan dibuat itu kerana Aina, 31, adalah seorang penyanyi wanita berbakat besar dan pernah diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik AJL39, baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
"Anugerah yang saya menang sebelum ini pun, semuanya menerusi undian popular. Kalau boleh saya nak jadi macam Aina dapat peluang rezeki menang anugerah yang lebih besar dan prestij lagi.
"Saya tak akan berputus asa ke arah itu (cuba menang) walaupun dah lima kali masuk AJL. Insya-Allah saya dah rancang yang terbaik untuk tahun ini," katanya.
Sebelum ini, Aina dalam kenyataannya baru-baru ini memberitahu, selepas berjaya merangkul kategori Persembahan Terbaik dalam AJL39 lalu, dia mahu berehat seketika dari menyertai AJL.
Namun begitu, Aina tidak menjelaskan dengan terperinci apa yang bermain di fikirannya biarpun turut diasak dengan pertanyaan sama ada dia mahu 'bersara' daripada menyertai AJL akan datang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment