"Baru-baru ini mama (Noor Kartini - ibu Neelofa) didiagnosis dengan kanser payudara tahap satu. Mama tak pernah fikir. Tak ada dalam keluarga kita sejarah kanser. Alhamdulillah mama dapat diagn0sis kans£r mama di peringkat tahap yang sangat awal.
"Alhamdulillah syukur kepada Allah dan sekarang ni masa untuk mama lalui proses penyembuhan dan atas permintaan anak-anak juga, dia minta mama perlahankan bisnes-bisnes mama semua."
Itulah jelas ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed yang memaklumkan, dirinya disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas melalui saringan kesihatan di sebuah hospital.
Berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran video di laman sosial, Abe La Senok Perut, Noor Kartini yang mesra membahasakan dirinya sebagai 'mama' itu memberitahu, dia akan berehat daripada dunia perniagaan bagi memberi tumpuan kepada proses rawatan dan penyembuhan.
Akui Noor Kartini lagi, sebelum ini dia tidak pernah mengambil berat mengenai penyakit kanser kerana dalam sejarah keluarga tiada yang menghidap kanser.
Klik untuk gambar besar
"Sebab sejarah keluarga kita tak ada kanser. Tak fikir dan mama pun sebenarnya tak pernah ambil tahu penyakit kanser, sebab tak ada dalam keluarga.
"Bila mama buat biopsi dan keluar selepas tiga hari, mama kans£r tahap satu. Jadi mama pun, 'kanser, gapo tu? Macam b£ngong meta. Tak boleh terimo, tak boleh 'digest' ke otak'," kongsinya.
Dalam pada itu, Noor Kartini berkata, anak-anaknya termasuk yang tinggal di Sabah dan England turut bergegas pulang ke rumah apabila dimaklumkan menghidap kanser payudara berkenaan.
"Alhamdulillah dengan diagnosis yang awal, tahap awal ini. Insya-Allah banyak benda boleh kita buat dengan cepat, mudah. Jadi Insya-Allah sekarang mama dalam proses penyembuhan dan kita nak berehat dulu dalam dunia perniagaan," tuturnya.
Tambah beliau, khabar itu bukan sahaja mengejutkan dirinya, malah turut memberi kesan mendalam kepada suami dan anak-anak.
"Anak-anak menangis dan suami juga mengalami kesukaran untuk tidur. Kami fikir mungkin hanya ketulan biasa atau cyst, langsung tidak terfikir tentang kanser," katanya yang mengambil masa beberapa hari untuk menerima kenyataan.
"Saya sendiri bingung seketika, sukar mempercayai perkara ini berlaku. Namun, saya percaya apa sahaja boleh terjadi dengan kehendak Allah SWT. Tapi saya anggap penyakit ini sebagai satu anugerah daripada Allah dan tersedar yang orang seperti saya pun boleh dapat kanser," ujarnya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan ibu Neelofa dan mendoakan urusan Noor Kartini dipermudahkan serta tabah melalui ujian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment