"Perkahwinan yang hebat bukanlah apabila pasangan sempurna bersatu, tetapi apabila mereka belajar menikmati perbezaan pasangan. Hai isteriku."
Demikian coretan istimewa pelakon Atiq Azman, 25, selepas dia selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang merupakan seorang pramugari dikenali, Alia Natasha dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan, malam semalam.
Sebelum ini, berita berhubung hari bahagia Atiq dan isterinya itu dikongsikan dalam hantaran video di media sosial yang memaparkan pasangan pengantin menggayakan busana tradisional berwarna putih.
Disamping itu, Alia juga menulis kata-kata istimewa buat suaminya, dimana dia meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh 'pandang pertama' dengan pelakon drama 'Nur 2' berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Doakan kami semoga dipanjangkan umur, rezeki. Ini adalah permulaan hidup kami sebagai pasangan suami isteri," tuturnya.
Majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu menyaksikan pasangan pengantin diraikan oleh ibu bapa, ahli keluarga serta kenalan rapat mereka.
Difahamkan, Alia telah menerima mas kahwin sebanyak RM200 daripada Atiq, sebelum mereka duduk di pelamin untuk acara menyarungkan cincin.
Terdahulu, Atiq dan Alia mengikat pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu dan dalam tempoh empat bulan, mereka membuat keputusan melangkah ke fasa mendirikan rumah tangga.
Rata-rata wargamaya yang mengikuti pasangan pengantin baharu ini di media sosial, mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu dan mendoakan kebahagiaan dibina kekal hingga ke Jannah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment