Baru-baru ini, penyanyi Marsha Milan telah berkunjung ke sebuah rumah kebajikan di ibu negara dimana ia meninggalkan kenangan cukup manis buat pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada 16 Februari lalu.
Kehadiran Marsha telah dihidangkan dengan lagu 'Hening Rindu' yang dinyanyikan beramai-ramai sehingga membuatkan penyanyi ini ternganga serta sebak kerana tidak menyangka penghuni rumah Baitun Nurrawdhah Kuala Lumpur itu menghafal lagu tersebut dan mengingati lirik.
Kemesraan di antara Marsha atau nama penuhnya, Marsha Milan Londoh, 40, dengan penghuni rumah itu juga terserlah apabila kanak-kanak berkenaan langsung tidak terlihat kekok ketika bersama penyanyi ini.
Klik untuk gambar besar
"Nampak mesra betul mereka dengan Marsha, macam sudah biasa bersamanya sebelum ini.
"Alhamdulillah bagus Marsha menyantuni kanak-kanak Tahfiz," antara komen-komen netizen.
Ternyata sudah lebih 10 tahun penyanyi kelahiran Sabah ini menjalinkan hubungan baik dengan penghuni di Baitun Nurrawdhah yang ada di antara mereka merupakan pelajar Tahfiz.
Semuanya bermula apabila bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu mengenali mereka ketika dia sedang mencari rumah kebajikan untuk bersedekah hidangan sahur ketika Ramadan.
Perkara itu dikongsikan syarikat rakaman Marsha iaitu Alternate menerusi media sosial dimana ia memaparkan penyanyi itu meluangkan masa bersama mereka pada Jumaat.
Dalam hantaran yang dikongsikan, Marsha mesra melayani penghuni rumah tersebut, malah sempat menyuapkan makanan kepada mereka.
Difahamkan, anak-anak bawah jagaan pusat tahfiz itu juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Marsha dan sering diundang ke rumah untuk menghadiri acara keraian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment