Seorang wanita berusia awal 40-an yang juga isteri kedua pelakon drama popular era 1990-an tampil mendakwa statusnya ketika ini umpama digantung tidak bertali.
Dalam pada itu, wanita hanya ingin dikenali sebagai Puan A itu turut mendakwa mempunyai bukti video suaminya yang pernah berjanji mahu membayar semula wang berkenaan.
"Saya takkan kembali pada dia. Saya cuma nak duit saya semula berjumlah lebih RM50,000. Jumlah lain yang sudah dibelanjakan, saya tak kisah. Termasuk wang belanja anak-anaknya dengan isteri pertama. Dia ada tiga anak, manakala saya empat orang.
"Memang banyak dia buat hal sepanjang kami berumah tangga. Dia pun ada pinjam wang 'Ah Long' dan tak dapat bayar semula hingga saya yang kena gadai barang kemas untuk bantu.
"Saya juga sudah buat laporan polis berkaitan kekasaran dia terhadap saya sebelum ini. Sepanjang berkahwin, saya pun ada terjumpa banyak bukti kenakalan dia dalam telefonnya.
"Terbaharu, saya pergi ke balai polis untuk buka semula kes rumah tangga kami. Dia memang pandai memanipulasi keadaan sehinggakan seolah-olah saya punca segalanya," ujarnya.
Disamping itu, Puan A juga mengakui, apa yang berlaku dalam kehidupannya bersama pelakonitu memberikan tekanan terhadapnya sehinggakan dia terpaksa mengambil ubat penenang.
"Dah puas saya minta hak saya dan selesaikan masalah rumah tangga kami, tapi dia macam tak s£rius dan acuh tak acuh. Dia memang sengaja bvli saya. Mesej-mesej saya menerusi WhatsApp dengan dia hanya dibacanya dan abaikan.
"Dia juga pernah pukul saya dan video-video itu saya masih simpan. Sekarang saya rasa dah sampai masa untuk saya ambil tindakan menerusi undang-undang terhadapnya," katanya.
Terdahulu, dalam laporan media, Puan A meminta suaminya yang meniti populariti menerusi slot Spektra itu menjelaskan status sebenar mereka.
Difahamkan, perkenalan Puan A dengan pelakon terbabit bermula pada 2018 atas dasar kerja di syarikat yang sama.
Walaupun tahu status pelakon lelaki itu adalah suami orang, namun pujukannya membuatkan Puan A akur untuk berkahwin yang dirahsiakan daripada pengetahuan isteri pertama.
"Kami kahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara 'online' (atas talian). Segala urusan kahwin dia (suami) yang uruskan sebab dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain.
"Bagaimanapun sepanjang berkahwin kami tiada sebarang dokumen atau surat menyurat. Dia hanya berjanji akan buat semuanya (dokumen berdaftar), tapi sehinggalah keadaan jadi begini sekarang," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment