"Alhamdulillah, majlis resepsi yang dirancang di sebelah pihak suami berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Kami memilih majlis resepsi perkahwinan Jawa kerana suami berdar@h jawa di sebelah ibunya.
"Majlis juga berlangsung secara besar-besaran dengan kehadiran ramai tetamu kerana suami anak sulung dalam 'family' dan keluarganya sangat teruja melihatnya berkahwin."
Itulah tutur pelakon Siti Saleha, 35, dimana dia dan suaminya, pereka fesyen, Joshua Fitton, 38, bersyukur majlis resepsi di sebelah pihak lelaki secara besar-besaran di negeri kelahiran ibu mentuanya itu berjalan lancar seperti direncanakan.
Klik untuk gambar besar
Pada majlis 'bertandang' di sebelah pihak lelaki dimana ia dimulakan dengan pengantin bersanding di pelamin dan membabitkan acara pencak silat itu menyaksikan Siti Saleha tampil jelita dengan busana pengantin Jawa sentuhan dari suaminya sendiri.
Selain barisan selebriti yang hadir seperti Dynas Mokhtar, Alicia Amin dan bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Pada 15 Februari lalu, Siti Saleha atau nama penuhnya, Siti Saleha Mohd Baharum, telah sah bergelar isteri kepada Joshua dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Dalam majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu, Siti Saleha dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.
Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan. Manakala, jumlah mas kahwin pula sebanyak RM1,000 dan wang hantaran dirahsiakan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment