22 February 2025

"CUMA BOLEH CAKAP KEPADA PEMINAT AGAR TERUS MENDOAKAN SAYA" - MAMAT EXISTS SERAH PADA SEMUA JIKA MAHU SIMPAN ATAU PADAM 'SEJARAH HITAM' DIRINYA



"Kalau misalnya gambar dan video itu dipadam, sekurang-kurangnya ia akan hilang dan tidak dapat dilihat lagi. Bagaimanapun, saya bukan minta mereka berbuat demikian, tapi cuma boleh cakap kepada peminat agar terus mendoakan saya.
"Sekiranya mereka rasa benda itu perlu dilakukan untuk kebaikan karier saya pada masa depan, agar saya lebih berjaya seperti yang diimpikan, buatlah keputusan sebaiknya.

"Saya tidaklah sampai nak merayu tolonglah padam, tolonglah... Itu antara sejarah hitam yang ada pada saya," ujar penyanyi Mamat Exists, 48, dimana dia menyerahkan kepada semua pihak sama ada mahu menyimpan atau memadam gambar dan video dirinya dalam keadaan tidak sepatutnya yang tular sebelum ini.

Dalam pada itu, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, berkata, dia yang semakin pulih daripada ketagihan dadah itu tidak menafikan pandangan masyarakat tidak boleh diubah, namun dia mengambil pendekatan bersyukur saja terhadap apa dilaluinya.

Difahamkan, Mamat kini sudah tujuh bulan berada di bawah pengawasan untuk rawatan dan pemulihan oleh pihak Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang.

Penyanyi lagu 'Untuk Mu Ibu' yang kini berada dibawah pengurusan Mekar Management, dibenarkan terbabit dengan mana-mana persembahan di seluruh Malaysia.

Disamping itu, ulas Mamat lagi, penerimaan peminat terhadapnya tetap hebat dan dia percaya sekiranya tidak lagi terbabit dengan dadah, sokongan daripada peminat pasti lebih baik.

"Mungkin mereka kata saya hanya cakap kosong, itu saya terima. Sekarang saya duduk di tempat yang saya patut duduk. Saya bukan bangga diri dengan apa yang dilalui sekarang, tapi bukan senang kita nak pulih.

"Kalau nak cakap lebih pun saya rasa doa itu memang satu peluang yang ada, tapi sokongan moral juga sangat penting. Kalau saya yang pegang benda itu (sejarah hitam), saya terus padam saja. Takkanlah saya nakkan benda-benda buruk. Setiap orang tak nak," tuturnya.

Terdahulu, pada 8 Julai tahun lalu, Mamat yang sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019, berjaya dalam rayuan terhadap sabitan dan hukumannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Salju Di Danau Rindu' itu dikenakan hukuman d£nda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: