27 February 2025

ISU WAJAH BERUBAH - FATHIA LATIFF KATA MUNGKIN SEBAB FAKTOR UMUR



"Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah. Saya tidak mar@h pun orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja."
Demikian ujar pelakon sens@si Fathia Latiff dimana dia tidak kisah perubahan wajahnya itu menjadi bualan ramai di media sosial.

Dalam pada itu, akui Fatiya, sebagai seorang yang bergelar selebriti, dia sememangnya ada melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kecantikan.

"Saya ada 'eye bags' dan ada buat rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstr£m saya tidak buat," jelasnya.

Disamping itu, Fathia memberitahu, dia jarang memuat naik 'posting' dan membaca komen dalam media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.

"Saya hanya memuat naik posting berkenaan kerja sahaja, selain daripada itu saya jarang guna media sosial. Ini adalah cara saya menjaga ment@l," tutur Fatiya.

Pada September tahun lalu, Fathia mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dengan jejaka pilihannya.

Kata Fathia lagi, kekasihnya itu juga berbeza dengan lelaki lain yang pernah mendekatinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: