27 February 2025

RANCANG HANTAR KE PUSAT TAHFIZ - FIZZ FAIRUZ SIMPAN IMPIAN BESAR LIHAT ANAK-ANAK JADI PENGHAFAL-QURAN



"Saya ada pertimbangkan untuk masukkan anak-anak saya ke Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang memberikan tumpuan kepada anak-anak pra-sekolah di Pahang.

"Bila dapat tahu sahaja kewujudan pusat pra-sekolah seperti itu, sudah tentu saya teruja memandangkan jarang sekali adanya pusat pengajian yang memberikan tumpuan hafazanal-Quran untuk kanak-kanak.

"Rasanya ibu-bapa di Pahang dan kawasan sekitar boleh mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke sana. Setidaknya ini akan jadi bekalan mereka di kemudian hari."

Itulah kata pelakon Datuk Fizz Fairuz dimana dia menyimpan impian besar agar anak-anaknya menjadi penghafal Al-Quran dan berhubung itu, dia kini mengenal pasti beberapa pusat tahfiz di Pahang.

Jelas anak jati Raub, Pahang ini lagi, dia sendiri memang menerapkan ilmu agama kepada anak-anak seiring dengan peredaran masa dan kep£satan teknologi.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini berkata, dia melihat keadaan semasa dalam membesarkan anak-anak, dimana dia mengakui banyak perkara yang harus diambil kira memandangkan mereka terdedah dengan gajet dan internet yang pastinya memberikan imp@k berbeza berbanding zaman dahulu.

"Memang benar anak-anak zaman sekarang hidup berbeza dengan zaman saya dahulu. Sekarang semuanya sudah di hujung jari dan mereka lebih mudah meneroka apa sahaja yang dimahukan.

"Saya sendiri masih memantau aktiviti anak-anak jika berada diri rumah. Apa yang mereka lihat dan apa yang mereka tonton juga perlu diketahui. Kalau ada yang tak betul kita boleh tegur," ujarnya.

Untuk makluman, Fizz mendirikan rumah tangga dengan Almy pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Afrina Arianna, 10; Nur Afrina Aurora, 9; Nur Afrina Ayra, 7; Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 5 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: