09 February 2025

KEJADIAN TEMB4KAN DI PUSAT BELI-BELAH - ANAK AARON AZIZ TURUT BERADA DI LOKASI, TEMAN LELAKI VANESSA REYNAULD NAMPAK M4NGSA DITEMB4K



Malam tadi, kecoh diperkatakan apabila berlaku kejadian temb@kan di pusat beli-belah di Setia Alam, dimana kejadian itu mengakib@tkan seorang pekerja pembersihan mengalami keced£raan.
Ketika kejadian itu berlaku, anak kepada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa turut berada di pusat beli-belah berkenaan.

Aaron yang mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di media sosial itu berkata, sebaik mendapat tahu mengenai kejadian berkenaan, dia segera ke lokasi terbabit bagi mengambil anaknya itu bersama seorang rakannya bernama Amira.

Dalam perkongsian itu, Aaron turut menyatakan harapannya agar mereka yang berdepan dengan situasi tersebut berada dalam keadaan yang selamat.

Disamping itu, Aaron juga menasihatkan Dahlia Arissa agar tidak p@nik setiap kali berdepan dengan kec£masan.

Selain anak Aaron, penyanyi Vanessa Reynauld juga berdepan detik c£mas apabila dia dan teman lelaki turut berada di lokasi kejadian temb@kan.

Kongsinya, kejadian itu berlaku betul-betul bersebelahan kedai yang dimasukinya ketika itu, malah teman lelakinya melihat sendiri m@ngsa ditemb@k di bahagian kaki.

"Ia berlaku lebih kurang 20 minit dan kami mendengar enam das temb@kan. Pertama kali berhadapan dengan situasi ini dan ia sangat men@kutkan," ujarnya menerusi media sosial.

Kata Vanessa lagi, mereka kemudian melarikan diri ke sebuah kedai lain untuk mendapatkan perlindungan dan apabila keadaan agak selamat baharu dibenarkan pulang.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, m@ngsa seorang warga asing berusia lingkungan 30-an itu telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Jelasnya, polis juga sudah mengenal pasti suspek iaitu lelaki tempatan yang mempunyai 11 rekod kesal@han lampau berkait jen@yah dan dad@h.

"Dia dikenal pasti hasil risikan polis dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Kita sedang giat memburunya.

"Setakat ini, motif kejadian masih dalam sias@tan dan k£s disias@t mengikut Seksyen 3 Akta Senj@ta Ap1 (Pen@lti Lebih Berat) 1971," katanya dalam kenyataan hari ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: