"Saya bertukar agama kerana ikut emak, ikut keluarga. Saya ikut mak yang pilih Muslim dan saya dengan adik pun sokong mak. Kami berdua ikut mak masuk Islam. Tiada sal@hnya pun.
"Mak dulu peluk Islam, selepas itu barulah saya dan diikuti adik. Mulanya memang tertekan juga kerana tukar agama dari Kristian ke Muslim.
"Tapi pelan-pelan belajar. Saya pelan-pelan memahami tentang Islam dan sejak itu saya bertekad bertukar agama ikut mak. Ia bukan paksaan dan memang hati terbuka untuk tukar agama."
Itulah jelas juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Marygrace dimana dia mendedahkan status sebenar agamanya yang kini seorang Muslim.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Mary memberitahu, dia tidak akan menukar namanya kepada nama berbunyi atau bercirikan Muslim kerana nama itu adalah pemberian khas arwah ayahnya.
"Saya tiada nama Muslim sebab Marygrace Jane Peserga adalah nama khas diberi oleh arwah ayah saya. Itu satu-satunya perkara yang saya rasa, saya perlu simpan.
"Jadi saya takkan ganti nama. Saya akan guna nama saya sebenar. Kad pengenalan biar Islam," ujarnya.
Sebelum ini, ramai dikalangan penonton menyangka status agama sebenar Marygrace sebagai bukan Islam.
Bagaimanapun, mereka keliru apabila kamera menunjukkan ibunya yang hadir memberikan sokongan di Studio NTV7 berpakaian sempurna sebagai Muslim.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment