11 February 2025

AL-FATIHAH - ANAK BONGSU AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pasangan selebriti, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha atas pemergian anak ketujuh mereka, Muhammad Aisy Al Rees, 6 bulan, yang meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang tadi.

Berita duk@ tersebut disahkan oleh kakak kepada Ayu iaitu pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, dimana maklumnya, anak bongsu Ayu yang dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu dengan berat 2.3 kilogram itu meninggal dalam tidur.

"Sedih sangat-sangat. Ayu datang ke rumah untuk tidur bersama, anak Ayu tak pernah menangis, menyusu seperti biasa. Kali terakhir kami berjumpa pada minggu lepas.

"Kejadian berlaku lebih kurang jam 1 petang tadi, Ayu terus hubungi talian kecemasan bila lihat anaknya tidak sedar. Anaknya meninggal dalam tidur.

Klik untuk gambar besar

"Sekarang jenazah masih berada di Jabatan For£nsik Hospital Rembau. Harap dapat dikebumikan malam ini juga," kata Che Ta dalam keadaan sebak.

Dalam pada itu, Che Ta juga berkata, pemergian Aisy Al Rees sememangnya amat memberi k£san kepada seluruh keluarga dan dia sendiri mempunyai hubungan yang cukup akrab.

"Boleh dikatakan setiap minggu Ayu dan anak-anak datang bermalam di rumah saya. Jadi hubungan saya dan anak-anak Ayu memang sangat rapat," tuturnya.
Sebelum itu, suami Ayu yang merupakan bekas pemain bola sepak ini telah berkongsi berita sedih berkenaan menerusi hantaran di media sosial.

"Anak bongsu kami, Muhammad Aisy Al Rees, kembali kepada PenciptaNya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini," tulisnya.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 turut mempunyai enam anak lain iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12; Muhammad Aisy Aryann, 11; Laura Zuleykha, 8; Muhammad Aisy Khaliq, 6; Muhammad Aisy Al Jibreel, 3; dan juga anak keenam yang kini berusia 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: