"Alhamdulillah, suami sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia sudah mendapatkan rawatan lengkap di ICU, CCU dan HDU, sekarang perlu melalui rawatan susulan di wad biasa.
"Anak-anak pun baru dapat jumpa suami hari ini sebab tak boleh masuk ke ICU. Jadi, mereka baru dapat jumpa, ia berkat doa orang ramai.
"Memang ada keajaiban sebab doktor kata suami okay, tak krit1kal dan hanya mengalami 'mild heart att@ck'. Sekarang, suami dapat berehat seketika sebelum meneruskan penggambaran yang terg£ndala."
Demikian jelas pelakon Diana Rafar dimana dia dan keluarganya bersyukur melihat keadaan pelakon Zamarul Hisham bertambah baik apabila hari ini dipindahkan ke wad biasa, selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU) dan seterusnya Unit Dependensi Tinggi (HDU).
Dalam pada itu, mengenai karier lakonan suaminya pula, Diana berkata, dia belum berbincang dengan pihak pr0duksi sama ada menyambung penggambaran atau sebaliknya.
"Suami mengalami s£sak nafas ketika penggambaran sedang berjalan, ada berbaki tiga hingga lima babak lagi. Tengok jasa baik Zeel Production sama ada mahu Zamarul teruskan atau boleh buang babak.
"Mereka belum bincang lagi, tunggu suami berehat dahulu," kata Diana dimana dia mewakili Zamarul juga menzahirkan penghargaan kepada sahabat dan peminat yang mendoakannya.
Sebelum ini, Diana berkongsi beberapa video dalam Instagram mengenai keadaan suaminya yang mengalami s£sak nafas di lokasi penggambaran, dimana dia sempat dibantu beberapa kru yang terbabit sebelum ambulans tiba.
Zamarul telah dimasukkan ke ICU, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 2 pagi Rabu lalu dan kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Sunway untuk rawatan lanjut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment