Pelawak Amir Raja Lawak mendakwa, sejak lebih sebulan lalu, dia telah menemui syiling berterabur di beberapa ruang kedainya di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, dimana ia perkara itu dikaitkan dengan sih1r kedai yang sering dialami peniaga.
Namun begitu, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 36, berkata, dia tidak terlalu mengendahkan penemuan beberapa keping syiling yang dianggap mungkin terj@tuh oleh pelanggan.
"Bagaimanapun, ada lagi penemuan lain di tempat berbeza dan kebiasaannya perkara ini selalunya berkaitan dengan sih1r. Tapi, saya masih lagi 'husnudzon' dengan menganggap tiada apa-apa berlaku.
"Hari demi hari perjalanan operasi kedai agak terg@nggu dan ramai pengunjung bertanya kenapa kedai ditutup, sedangkan setiap hari pr£mis beroperasi seawal jam 11 pagi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, jelas Amir lagi, kejadian itu turut memberi k£san kepada pekerjanya apabila mereka didapati sering s@kit kepala dan s@kit-s@kit badan, dimana dakwanya kemungkinan besar disebabkan menyentuh syiling berkenaan.
Berhubung itu, Amir berkata, dia ada merujuk ustaz dan pengamal perubatan Islam, namun belum berkesempatan lagi untuk bersemuka, selain mencari ikhtiar untuk menjadikan keadaan pulih seperti biasa.
"Saya ada pengalaman sama ketika berniaga air menerusi bonet kereta di Kajang, Selangor apabila terjumpa syiling berterabur di tapak jualan.
"Bagaimanapun, perkara ini dapat dielak kerana kaedah jualan secara bergerak. Saya tiada mas@lah berpindah ke lokasi lain, tapi kali ini saya mengusahakan kedai dan tidak mudah untuk dielakkan," katanya.
Disamping itu, Amir yang mengakui dia tiada musvh, menganggap perkara tersebut sebagai rencah sebagai peniaga, serta menyerahkan kepada Allah selain mencari ikhtiar terbaik.
Amir dalam masa sama juga menafikan laluan perniagaannya selama ini lancar disebabkan dirinya bergelar selebriti, sebaliknya tuturnya, dia tetap berhempas pulas membangunkan perniagaan dengan bermula dari bawah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment