Penyanyi kumpulan Mega, Rahmad Tohak memaklumkan anak bongsunya, Nur Ara Elisya, 15, yang juga anak istimewa (OKU), hasil perkahwinan dengan pelakon Ainina Ahmad B, akan menjalani pemb£dahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
Jelas Rahmad, anak perempuannya itu menjalani pemb£dahan Spinal bertujuan meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 (darjah) akib@t sindr0m Prader Willi atau peny@kit yang jarang berlaku, di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa mas@lah fizikal, ment@l dan tingkah laku.
Menurutnya lagi, keadaan tulang belakang, Nur Ara Elisya lebih kr0nik daripada k£s penyanyi Zamani Slam dan dimasukkan ke hospital sejak 24 Disember lalu.
"Bengkok tulang belakang anak saya dah bentuk S atas dan bawah. Mas@lah tulang belakang ini berpunca akib@t Nur Ara Elisya kuat makan menjadikan ototnya lemah.
"Otot itu tak dapat mengukuhkan tulang hingga menjadikan tulangnya bengkok seiring dengan pembesaran. Bengkok ini makin lama makin t£ruk," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Ia kerana Nur Ara Elisya terpaksa juga buat pemb£dahan di bahagian tekak pula kerana k£san dari pemb£dahan, paru-parunya tak dapat bekerja secara normal dan perlukan ventilator. Leher terpaksa dit£buk atau istilahnya trak£ostomi.
"Saya bersyukur kerana menerima bantuan Pusat Zakat Selangor keseluruhan RM36,000 daripada jumlah yang diperlukan ketika itu.
"Tapi susulan dengan keadaan Nur Ara yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) saya tak pasti berapa lagi kos diperlukan sebab bil kos pemb£dahan lain belum dikeluarkan," ujarnya yang juga berkata, sekiranya perlu menambah kos, dia akan memohon lagi kepada pihak terbabit.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment