"Kali pertama kami bercerai pada Mac 2023 dan ketika itu kecoh kami rujuk semula sebulan kemudian. Tak ramai tahu yang kami bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun sama namun kami rujuk semula di luar mahkamah.
"Berbulan-bulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang perkahwinan saya ini. Saya sudah bagi peluang dan cuba perbaiki mas@lah yang sama selama 11 tahun kami bersama. Saya rasa cukuplah sampai di sini."
Demikian jelas pelakon Linda Hashim dimana dia nekad untuk menfailkan cerai buat kali ketiga terhadap suaminya yang juga pelakon, Beego.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, dia tekad dengan keputusannya itu kerana mas@lah sama tetap berulang dan sudah berkali-kali memberi peluang kepada suaminya sepanjang 11 tahun bersama.
Dalam pada itu, Linda berkata, dia enggan berkongsi mengenai punca dia mahu bercerai kerana mahu menjaga a1b suaminya serta bimbang sukar untuk mencari rezeki.
Selain itu, Linda juga mengakui, dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, namun Beego masih bertemunya untuk urusan anak-anak, termasuk memujuknya.
"Dia tahu apa yang berlaku adalah sal@h dia. Beego ada pujuk dan minta maaf tapi saya tidak tahu dia ikhlas atau pun tidak. Dia pujuk tapi masih lakukan perkara yang sama," ujarnya.
Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment