06 February 2025

"DIA (AZAR AZMI) ADA JE, TAPI DIA DAH 'RESIGN' JADI AKTRES... DIA NAK FOKUS BISNES SAHAJA" - ANAK SAUDARA



Sebelum ini, nama pelakon Azar Azmi menjadi bualan ramai selepas dia 'menghilang' secara tiba-tiba dari industri seni, sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Namun baru-baru ini, nama Azar Azmi kembali diperkatakan apabila dia tampil dengan penampilan berbeza iaitu berhijab.

Terkini, seorang individu dipercayai anak saudara Azar Azmi dilihat ada memuat naik gambarnya bersama pelakon itu di laman sosial dengan kapsyen berbunyi, "Dia mak cik saya yang paling ting tong".

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-ratanya bertanyakan mengenai perkembangan terbaru Azar, malah ada yang meluahkan rasa rindu untuk melihatnya kembali berlakon.

Klik untuk gambar besar

Berhubung itu, individu terbabit menerusi ruangan komen, tampil memberitahu, Azar tidak mahu lagi bergelar seorang pelakon, sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap dunia perniagaan.

"Dia ada je, tapi dia dah 'resign' jadi aktres. Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.

"Dalam keluarga dia yang paling 'masuk air' dan paling extr0vert. Tapi InsyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon.

"Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul," jawab individu itu yang dalam masa sama turut menafikan dakwaan Azar sudah pun mendirikan rumah tangga seperti yang hanfat diperkatakan sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: