"Sememangnya, apabila dah berhijrah baru saya sedar yang sebenarnya kalau kita berubah ke arah yang p0sitif, banyak benda baik yang akan datang. Sekarang, saya baru tahu yang kita memang kena qada solat.
"Jadi, sekarang saya menekankan perkara itu kepada anak-anak saya, di mana, kalau mereka meninggalkan solat, mereka tetap kena menggantikan.
"Saya memang rasa, sejak saya aqil baligh, memang banyak yang saya tinggalkan. Jadi, apa yang saya lakukan adalah setiap kali saya solat fardu, saya akan tambah dengan qada solat.
"Contohnya, kalau waktu Zuhur, solat empat rakaat, saya akan tambah empat rakaat qada sehinggalah tamat riwayat saya. Pada peringkat awal, saya sampai menangis sebab penat sangat. Saya cakap, Ya Allah, penatnya nak kena qada solat dan banyak kena buat. Tapi, lama-lama, dah okay.
"Kalau solat sekejap, rasa macam 'Eh, sekejapnya'. Sebab dah macam berlatih, kan. Jadi, kita macam jadi 'ket@gih' pula benda itu. Insya-Allah. T@kutnya saya nak cakap sebenarnya."
Itulah kata pelakon Nora Danish dimana dia yang kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik itu mendidik diri dan anak-anaknya agar qada solat untuk solat-solat fardu yang pernah ditinggalkan.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mula melakukan qada solat sejak enam bulan lalu bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, sekaligus membayar 'hut@ng' solat fardu yang pernah ditinggalkan secara sengaja atau pun tidak sebelum ini.
Dalam pada itu, Nora berkata, melengkapkan diri dengan solat menambah ketenangan jiwa buatnya dan dia juga lebih tenang mengendalikan sekiranya ada mas@lah yang muncul dalam kehidupannya.
"Apa boleh saya lakukan, sementara saya pun tahu mengenai perkara ini dan melakukannya, saya rasa, ketenangan jiwa ada sedikit yang membuatkan saya lebih tenang.
"Ujian ada, tapi saya rasa lebih bijak untuk mengendalikannya berbanding sebelum ini di mana kita lebih mengikut em0si. Sekarang, lebih berserah segalanya kepada Allah. Insya-Allah saya akan lakukan qada solat sehingga ke akhir hayat saya. Selamanya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment