Semua sedia maklum mengenai pelakon Sheila Rusly dimana dia menerima pujian dimana rata-rata netizen gembira melihat hubungan akrab dan mesranya terhadap kedua-dua menantunya, malah ada yang menggelar dirinya mentua dari syurga.
Sheila dalam satu temubual berkata, dia hanya menjadi diri sendiri dan sebagaimana dia melayan anak-anak, sama juga layanan terhadap anak menantu.
"Saya sebenarnya jadi diri sendiri, tak pernah nak bersikap pura-pura di depan menantu. Macam mana saya layan anak-anak, macam tu juga saya layan anak menantu.
"Kalau kita nak anak kita bahagia, kenapa kita nak bermusuh dengan menantu? Kalau kita bermusvh dengan menantu, anak kita akan berada dalam situasi yang sangat sus@h.
"Kita kena tahu kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita kena saling menghormati, itu yang penting walaupun dia anak menantu, kita mak mentua. Macam mana sekalipun, kita kena terima dia sebab itu pilihan anak kita," ujarnya.
Dalam pada itu, berhubung tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia sekadar berpura-pura melayani menantu, Sheila menjelaskan, dia tidak ters1nggung kerana orang luar tidak mengenali dirinya.
"Saya hanya berlakon bila saya ditawarkan watak yang berbeza. Kalau saya jadi diri sendiri, kenapa saya harus berlakon? Saya sangat bangga dengan diri saya. Saya rasa netizen pun bijak. Jadi realistik, bersyukur dengan apa yang kita ada.
"Saya tak rasa ters1nggung pun kalau orang kata saya hanya berlakon baik (layan menantu). Anda semua tak duduk sebumbung dengan saya, macam mana korang tahu saya berlakon atau tidak?
"Kalau nak tahu, kena lah tanya menantu saya. Kalau saya ni mak mentua yang jahan@m, rasanya Elisya dah lama lari, Beatrice dah lari ke Indonesia," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment