20 February 2025

PERBICARAAN K£S KHALW4T DITUNDA - 'BAYANG' ALIFF AZIZ & RUHAINIES DI MAHKAMAH TAK KELIHATAN JADI PUNCA?



Hari ini, perbicaraan k£s khalw@t yang membabitkan penyanyi Aliff Aziz, 34, dan pelakon Ruhainies, 33, yang dijadualkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dipercayai telah ditunda ke tarikh lain.

Bagaimanapun, punca penangguhan masih belum dapat dipastikan dan kelibat kedua-dua selebriti sens@si itu termasuk peguam mewakili mereka tidak kelihatan di mahkamah.

Malah, hasil tinjauan di paparan senarai k£s dibicarakan hari ini di dewan bicara berkaitan juga tidak tertera nama Aliff dan Ruhainies.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, peguam syarie yang mewakili mereka iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaraan k£s berkenaan.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan dua tarikh iaitu hari ini dan 27 Februari 2025 bagi perbicaraan k£s Aliff dan Ruhainies yang didakwa atas pertuduhan berkhalw@t di sebuah kondominium 9 Mac 2024.

Sebelum ini, pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersal@h di mahkamah sama atas pertuduhan berkhalw@t.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: