20 February 2025

ISTERI SELAMAT BERSALIN - SYAFIQ FARHAIN TERIMA HADIAH PALING BERMAKNA, ANAK KEDUA KONGSI HARI LAHIR



"Alhamdulillah, hadiah hari lahir paling bermakna. Terima kasih sayang, Alia Nadia ♥️," tulis penyanyi Syafiq Farhain dimana dia berkongsi khabar gembira isterinya iaitu Alia Nadia selamat melahirkan anak kedua mereka pada petang Rabu.

Anak kedua pasangan ini yang merupakan bayi perempuan itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.86 kilogram pada pukul 1 petang di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu.

Lebih istimewa lagi, anak kedua Syafiq ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya iaitu 19 Februari.

"Memang sangat-sangat istimewa. Awal doktor beritahu mungkin akan bersalin pada 20 Februari, tapi tak sangka baby keluar sehari awal. Lepas ini bolehlah kami sambut ulang tahun bersama," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Farhain AM Salim, 32, bersyukur isteri dan bayi dalam keadaan baik, namum meluahkan rasa ral@t kerana tidak dapat menemani isteri ketika proses bersalin.

Kongsi anak kepada Allahyarham Saleem Iklim itu lagi, dia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hanya dimaklumkan oleh ibu mentuanya selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

"Saya dah hantar isteri balik kampung seminggu lalu dan dua hari kemudian dia ada beritahu rasa s@kit. Saya yang dari KL terus p£cut balik, tapi tidak bersalin.
"Kemudian awal pagi Rabu isteri dah mula rasa s@kit lagi, tetapi dia tak maklumkan. Hanya beritahu sekitar pukul 9 pagi. Ketika itu saya terus ambil cuti dan balik kampung.

"Rasa ral@t juga tak dapat nak teman isteri ketika bersalin. Apa pun yang penting semuanya selamat," ujarnya yang juga sedar tanggungjawabnya sebagai bapa selepas ini lebih besar memandangkan anak sulungnya baru berusia 2 tahun.

Maklum Syafiq lagi, isterinya akan menghabis tempoh berpantang di Terengganu sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
"Rezeki dapat anak kedua ini. Saya tahu selepas ini akan lebih sibuk. Anak sulung pun masih kecil, jadi kena beri fokus kepada kedua-duanya.

"Isteri akan berpantang di kampung sebab jadual kerja saya pun tidak menentu. Di sana ada orang yang boleh menjaga," jelasnya.

Untuk makluman, Syafiq mendirikan rumah tangga dengan Alia pada 10 Oktober 2021. Anak sulung pasangan ini bernama Nur Eshal Zahra dilahirkan pada 6 Jun 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: