20 February 2025

ZEHRA ZAMBRI ENGGAN KOMEN ISU MAHU CERAI 'FAST TRACK' - SUAMI PULA NAK SELAMAT RUMAH TANGGA, BERCADANG FAILKAN NUSYUZ



"Saya dimaklumkan Zehra akan failkan penceraian secara 'fast track' minggu depan. Pagi tadi (Rabu) dia beritahu yang mahu keluar sekejap. Selepas itu, Zehra memaklumkan dia berjumpa peguam untuk failkan cerai terhadap saya."

Demikian kata suami kepada peserta program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dimana dia mengesahkan laporan yang mendakwa isterinya itu bakal memfailkan cerai secara 'fast track' terhadapnya dalam masa terdekat.

Jelas Iqwan, hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Zehra kepadanya pada pagi Rabu, selepas selesai berjumpa dengan peguamnya dipercayai ada kaitan dengan k£s penceraian mereka.

Perkara itu didedahkan Iqwan ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.

Izwan dalam masa sama juga menjelaskan kehadirannya ke mahkamah, dimana dia bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai sal@h satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, Iqwan berharap, dia dapat bertemu dan berbincang dengan Zehra bagi menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak tiga tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

"Saya belum failkan nusyuz cuma datang ke mahkamah kerana mahu mendapatkan pencerahan dan mengetahui prosedur selanjutnya," tuturnya yang juga memberitahu, hubungan mereka ketika ini dalam keadaan baik malah tiada sebarang perbalahan.

"Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja," ujar Iqwan yang turut men£gaskan, dia percaya hubungan mereka dapat diselamatkan dan penceraian bukan penyelesaian terhadap kem£lut yang berlaku.

"Saya nak selamatkan perkahwinan ini sebab kami tiada sebarang masalah. Ikut undang-undang kami masih suami isteri. Kami ada anak bersama. Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja," jelasnya.

Disamping itu, Iqwan tidak mengetahui sebab sebenar tind@kan isterinya itu yang mahu bercerai, namun dia percaya keputusan tersebut disebabkan wujud g@ngguan atau peng@ruh pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.

"Dia tidak maklumkan, kenapa dan mengapa. Ya (pihak ketiga). Ada g@ngguan pihak lain atau peng@ruh dia failkan (cerai)," katanya.

Sementara itu, Zehra menerusi media sosial miliknya enggan memberi sebarang komen berhubung dakwaan dia bakal memfailkan perceraian 'fast track' terhadap suaminya.
"Mohon maaf. Saya tak dapat beri sebarang kenyataan ketika ini. Kesihatan saya juga kurang baik. Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa.

"Tiba masanya peguam yang mewakili saya akan mengulas lanjut. Terima kasih," tulis Zehra yang turut memuat naik gambar dia berada di hospital dengan memaparkan gambar tangannya dipasang dengan alat drip.

Terdahulu, kehidupan peribadi Zehra menjadi bualan ramai selepas Iqwan dikatakan sudah memadam foto mereka bersama di Instagram.

Bagaimanapun, Zehra berkata, suaminya itu tidak memadam foto tersebut, sebaliknya hanya diletakkan dalam mod arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum sejak dia menyertai GV11.

Untuk makluman, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: