"Saya rasa tidak menjadi mas@lah pun nak hantar anak ke sekolah kerajaan. Seluruh ahli keluarga saya pergi sekolah kerajaan. Suami saya pun punyai lulusan luar negara bermula daripada sekolah kerajaan.
"Saya tak nampak perkara ini sebagai satu masalah. Kita tak boleh memandang rendah kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah yang yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta."
Itulah ujar pelakon Nad Zainal yang berpendapat ianya tidak menjadi mas@lah sekiranya ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.
Kata Nad, semua ahli keluarganya ke sekolah kerajaan termasuk suaminya, pelakon Ungku Ismail Aziz yang mempunyai kelulusan luar negara.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nad berkata, dia tidak bersetuju bahawa sekolah mahal itu adalah lebih bagus kerana baginya, pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah bermula dari rumah.
"Saya dan suami memang t£gas dalam pendidikan anak-anak. Kami hadkan penggunaan gajet dan televisyen. Sekiranya mereka berjaya membuktikan sesuatu atau meraih pencapaian yang bagus di sekolah, barulah kita izinkan.
"Kalau ada yang kata sekolah mahal lebih bagus, pada saya itu tidak betul. Kita kena didik sejak di rumah. Kalau bayar sekolah mahal-mahal tapi di rumah dan di sekolah tetap dimanjakan, memang tak jadi apa-apa," tuturnya.
Selain itu, Nad juga tidak mahu pelajaran anak-anak terg@nggu apabila ada ibu bapa terpaksa menanggung b£banan kewangan yang tinggi jika menghantar ke sekolah swasta.
"Saya ini hanya pelakon biasa. Ada pasang dan surutnya. Kalau selamanya kita nak hantar anak ke sekolah swasta tapi di kemudian hari kita tak mampu, pelajaran anak akan ters£kat.
"Apa yang saya buat ini adalah di atas kemampuan dan saya lihat sekolah kebangsaan masih relevan. Ramai pr0duk-pr0duk daripada sekolah kebangsaan yang berjaya sambung belajar ke peringkat tertinggi dan menjadi golongan profesional yang hebat," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment