10 February 2025

"SAYA KENA KEC4M T£RUK SEPANJANG BERTANDING" - ZAZZLEEN AKUI MENAHAN SEDIH, K£SAL DITUDUH GUNA 'KABEL'



"Kalau ternampak saya menangis itu sebenarnya saya gembira! Mana tidaknya saya kena kecam teruk sepanjang bertanding. Tangisan itu ibarat semuanya sudah selesai tapi saya percaya ada benda-benda lain yang kena hadap selepas ini."

Demikian ujar peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) iaitu Zazzleen, 38, dimana dia menitiskan air mata selepas pertandingan berkenaan melabuhkan tirai malam semalam, selepas lapan minggu berentap.

Kata anak kepada pelakon Allahyarham Datuk Zulkifli Zain bersama Datin Normala Omar ini, air matanya tumpah apabila mengenangkan pelbagai kec@man diterima sepanjang menyertai program realiti itu sehingga membuatkan em0si dan tumpuannya terg@nggu pada persembahan peringkat akhir.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, kongsi Zazzleen lagi, kec@man paling mengur1s hatinya apabila netizen tergamak memper0lokkan wajah arwah bapanya itu, termasuk pelbagai tohm@han terpaksa ditanggung sehingga dia terpaksa meminta maaf kepada semua ahli keluarganya kerana berasa bersal@h.

"Paling terk£san bila mereka kata saya bertahan kerana kabel yang kuat, anak selebriti dan macam-macam lagi. Kalau orang lain baca boleh bunvh diri. Ada juga yang mengh1na arwah ayah saya. Memang terk£san kalau orang sentuh fasal ibu bapa terutama yang sudah tiada.
"Bila saya turun pentas saya akan minta maaf pada keluarga kalau saya mem@lukan mereka," luah Zazzleen yang memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tind@kan undang-undang sekiranya ada pihak masih mengec@mnya di laman sosial selepas ini.

Sementara itu, Zazzleen yang merupakan seorang ibu kepada tiga anak hasil daripada dua perkahwinan ini meluahkan hasrat mengadakan sebuah showcase khas buat ibunya kerana katanya, dia sudah lama menyimpan hasrat itu, namun mas@lah kewangan membuatkan dia menunda impian tersebut.
"Wang kemenangan CSOIAM Insya-Allah mampu kalau saya nak buat showcase. Impian itu sudah lama tapi modalnya tiada. Saya nak buat showcase untuk ibu saya, dia ada 10 buah lagu, jadi tak salah untuk saya buat persembahan untuk peminat kami.

"Saya peminat album ibu saya dan inilah masa yang sesuai kerana dia masih hidup dan sihat cuma mata kurang nampak," jelasnya yang berpuas hati serta bangga berjaya raih tempat keempat pada peringkat akhir CSOIAM, dimana dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: