19 February 2025

"SAYA MAHU MEREKA JADIKAN INSPIRASI..." - ZAKI YAMANI MOHON MAAF TERSAL4H CAKAP, KATA BELI KERETA MEWAH SEBAB NAK JAGA IMEJ



"Kenyataan sebelum ini kata beli kereta mahal sebab nak jaga imej adalah sal@h faham. Siapa yang mengenali saya, saya bukan seorang yang suka berlag@k.

"Saya tiada niat untuk berkata demikian dan kepada orang di luar sana yang sudah sal@h faham, saya minta maaf.

"Tujuan saya sebenarnya mahu generasi muda ada motivasi membeli kereta idaman mereka. Memang saya mahu mereka jadikan inspirasi tetapi tersal@h cakap sebelum ini sehingga kena kec@m.

"Semoga menjadi motivasi kepada anak muda di luar sana untuk memiliki kereta idaman mereka walaupun pada usia muda.

Klik untuk gambar besar

"Saya tahun ini 19 dan dapat buktikan usia bukan penghalang. Saya mahu kisah saya ini dijadikan inspirasi. Sejak saya umur 17 tahun lagi sudah pasang impian untuk memiliki kereta tersebut.

"Sepatutnya pada bulan Oktober tahun lalu sudah beli, tetapi waktu itu belum ada rezeki. Alhamdulillah, segala proses dipermudahkan, akhirnya tahun 2025 saya dapat beli juga kereta idaman itu.

"Bagi saya kereta itu adalah pel@buran, sebagai penyanyi muda perlu mel@bur. Kalau rumah pula memang ada terfikir cuma minat sekarang lebih kepada kereta.
"Tanah sudah ada cuma buat masa ini mahu fokus karier dahulu. Kalau ada rezeki, baru akan fikir bina rumah."

Demikian ujar penyanyi Zaki Yamani yang tampil memohon maaf susulan kenyataannya sebelum ini mengatakan dia membeli kereta mewah Mercedes-Benz dianggarkan bernilai sekitar RM300,000 itu untuk menjaga imejnya.

Terdahulu, penyanyi berusia 19 tahun ini meluahkan rasa bangga apabila berjaya membeli kereta jenis Mercedes Benz AMG A Class hasil titik peluhnya sendiri.

Malah, anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah itu juga menganggap ianya sebagai satu pel@buran serta imej baru buat dirinya sebagai penyanyi muda.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: