19 February 2025

SEMPAT BACA AL-QURAN SEBELUM PERSEMBAHAN AJL39 - NETIZEN KAGUM DENGAN MK K-CLIQUE



Ketika sedang bersiap sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada Ahad lalu, penyanyi MK K-Clique telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang jurusolek yang dikenali sebagai Zulyasrani memuat naik momen memaparkan sedang menyiapkan penyanyi rap berusia 29 tahun itu sebelum beraksi di AJL39.

Meninjau ke ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen memuji suami kepada Siti Hajaar dan bapa seorang cahaya mata perempuan, Aya Rayana ini yang mengisi masa dengan membaca Al-Quran sebelum melakukan persembahan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: