"Sudah tentu ada g@ngguan (digoda wanita lain). Tapi semuanya kembali kepada diri sendiri. Kalau kuat menangkis, Insya-Allah tidak timbul sebarang mas@lah.
"Godaan masih ada walaupun selepas berkahwin. Ada yang kata suami orang lebih bertanggungjawab. Malah, ada juga rakan artis yang mencuba nasib.
"Tapi saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan. Kalau layan lebih-lebih, nanti menimbulkan mas@lah pula. Saya sedar status sebagai suami orang, jadi kena kawal diri."
Demikian kata penyanyi Harris Alif dimana dia membuat pendedahan mengejutkan apabila bukan saja pernah berdepan godaan daripada wanita lain tetapi termasuk rakan artis.
Klik untuk gambar besar
Tambah Harris lagi, dia juga turut menerima kiriman gambar tidak sen0noh daripada wanita tidak dikenali di laman sosial.
"Macam-macam jenis gambar diterima. Mengucap panjang dibuatnya. Kadang-kadang, tidak sedap mata memandang, lebih-lebih lagi apabila dihantar oleh perempuan.
"Ada dalam lingkungan usia 20-an hingga 30-an. Yang remaja pun ada, tapi mungkin mereka tidak menghantar gambar keterlaluan," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment